PENYANYI rap, MK K-Clique, 27, mendedahkan persiapan untuk mendirikan rumah tangga dengan suri hatinya, Siti Hajaar Datuk Sri Dr Syeikh Nordin hanya diambil dalam masa dua minggu sahaja.
MK atau nama sebenarnya, Muhammad Hairi Amin Hamdan yang ditemui Gempak bagaimanapun bersyukur kerana semua perancangan berjalan dengan lancar.
"Kita pentingkan keluarga dan benda yang baik maksudnya macam saya sendiri saya fikir kita tak nak ada halangan-halangan yang tak diingini contoh benda ni sangat baik, jadi buat apa nak ditangguhkan lagi atau dirancang sebesar-besarnya.
"Kalau ikutkan dah lama rancang tapi bila dah sampai panggilan Dia...Alhamdulillah semua siap hanya dalam masa 2 minggu.
"Tak dinafikan halangan-halangan yang kecil-kecil tu ada tapi tiada cabaran yang berat hingga rasa terbeban," katanya,
MK dan Siti Hajaar ditemui selepas selasai majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Jami'il Huda, Ampang pada pagi tadi.
Berkongsi mengenai detik perkenalannya, MK memberitahu dia dan Siti Hajaar yang merupakan seorang usahawan sudah menjalinkan hubungan cinta sejak empat tahun lalu dan menafikan diri menyembunyikannya.
"Sebenarnya kami mula berkenalan di Instagram ketika mula berbalas pesanan di ruangan mesej.
"Kami tak sorok cuma tak tunjuk kerana ketika itu belum menjalinkan ikatan yang sah seperti sekarang.
"Alhamdulillah saya terpikat dengannya kerana dia seorang wanita yang banyak mengubah diri saya menjadi seorang yang lebih baik," ujarnya.
Apabila ditanya mengenai perancangan menimang cahaya mata, mereka serahkan segalanya pada rezeki Tuhan.
Tentang bulan madu pula, mereka juga masih belum ada perancangan kerana MK sibuk dengan urusan kerjayanya.
Pasangan itu memaklumkan telah mengikat tali pertunangan pada 7 Mei lalu dalam satu majlis tertutup.
Mempelai bakal diraikan dalam majlis resepsi yang diadakan di sebuah hotel di Klang keesokan harinya.
Pada Mei lalu, penyanyi rap ini membuat ramai peminat wanita patah hati apabila tular video yang menyaksikan dirinya memimpin tangan seorang wanita dalam satu majlis.
Lebih membuat ramai cemburu apabila mereka hadir dengan memakai pakaian sedondon berwarna hitam. -- Gempak
Gempak
Fri Jun 16 2023
MK memberitahu dia dan Siti Hajaar yang merupakan seorang usahawan sudah menjalinkan hubungan cinta sejak empat tahun lalu. - Gempak
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
Sharul Aimy cipta sejarah, rangkul pingat sulung negara pada kejohanan Asia
Atlet berusia 22 tahun itu menyambar gangsa acara melombol dengan mencatatkan 14.466 mata di belakang Carlos Yulo dan Abdulaziz Mirvaliev.
KKDW peruntuk RM1.5 bil dalam RMK12 untuk pembangunan luar bandar Sarawak
Ia bagi memudahkan pelaksanaan pelbagai upaya bagi mencipta masyarakat luar bandar yang kompetitif dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
Koperasi dinasihat jangan amal konsep Ali Baba - Saarani
Katanya, tindakan berkenaan bukan hanya merugikan, bahkan ia tidak memberi nilai tambah bagi kemajuan dan pembangunan koperasi tersebut.
Melaka bakal bina litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa
Melaka akan membina sebuah litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa di atas tapak berkeluasan sehektar berhampiran Pantai Tanjung Bidara di sini, bermula November depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentang hujung tahun ini
Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen selewat-lewatnya hujung tahun ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Melaka mohon KPKT bina tapak pelupusan sisa pepejal sektor ICI
Sebanyak 30-40 peratus daripada keseluruhan sisa pepejal yang dibuang ke Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Sungai Udang adalah sisa ICI.
Saya tak takut dibenci penonton kerana watak jahat - MK K-Clique
Selain Ben dan MK K-Clique, filem arahan sulung Awie itu turut dibintangi Shiqin Kamal, Noralbaniah, Azlan Komeng dan Awie sendiri.
Bapa mentua MK K-Clique meninggal dunia
Suami kepada pelakon Datin Seri Noniswara Baharuddin iaitu Datuk Seri Dr Sheikh Nordin Sheikh Ahmad meninggal dunia pada malam Ahad.
'Kami dah macam keluarga' - MK mohon maaf jika jadi punca Tuju keluar K-Clique
MK memohon maaf kepada Tuju seandainya ada kesilapan yang dilakukan olehnya atau ahli kumpulan K-Clique.
Kehadiran MK K-Clique ke ceramah Ustaz Abdul Somad tarik perhatian netizen
Berhibur-hibur juga, soal agama tetap nombor satu...
MK K-Clique dedah hanya ambil masa 2 minggu rancang kahwin Siti Hajaar
MK K-Clique mendedahkan persiapan untuk mendirikan rumah tangga dengan Siti Hajaar Syeikh Nordin hanya diambil dalam masa dua minggu sahaja.
MK K-Clique selamat bergelar suami Siti Hajaar
Tahniah buat MK K-Clique dan Siti Hajaar.
MK K-Clique sudah bertunang?
MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan dilihat mengenakan busana bewarna merah hati sedondon dengan wanita tersebut.